M e n t e r a s u b u h

Mentera subuh berlabuh teduh

Dibingkai fajar sedang berkejar

Dalam arah membawa cerah

Pada semua celah daerah

Supaya tiada yang marah

Supaya tiada berat sebelah

Maka tiada jua pecah-belah

Ke mana hala tujuku?

Apa sumbanganku?

Bila masanya ?

Pertanyaan tiada pasti

Mengapa masih ada yang iri ?

Pada diri yang naïf sekali

Manusia itu lahir

Manusia itu mahir

Gentar pula pada petir

Melatah bila dilempar pasir

Kerdilnya bangsaku

Walaupun tahu cahaya itu ilmu

berhenti ditimba kerana tiada cinta

tapi leka dibuai lamunan cinta!

 

 by,

-ithot23@yahoo.com   (1:35 am -Selasa:12 Julai 2001)