Namanya….

 

Tiada indah dalam derita

Tiada derita dalam indah

Nyata berbeza dan dibezakan

Antara dua sempadan tidak sepadan

Apa yang diharap tidak boleh diharap

Cuma secebis untaian nasib

Mampu dilihat walau kelam berasap

Api itu marak membakar masa

Semarak keghairahan mengatur madah

Serakus singa membaham mangsa lemah

Sungguh tiada guna berpetah

Tapi akal dangkal

Hanya tahu menyangkal

Walaupun sesat tidak mahu kembali ke pangkal

Ada apa pada nama?

Nama itu emas putih

Terpaksa berpenat jerih dan berpedih

Mengapa memilih kasih?

Tiada termampu bagi yang sudah letih

Biarlah ditabur benih sama saksama

Baru tiada iri berputik

Tapi yang tumbuh disedari sudah boleh dipetik

Lumayan pulangan itulah keamanan

Itulah jua pesanan bagi yang beriman

Itulah jua amaran pada manusia orang-orangan ataupun syaitan!

 

by,

-ithot23@yahoo.com   (12:05 am -Sabtu:28 Julai 2001)