Cinta, rela, terpaksa

 

Dalam terang  ia hadir dalam samar ia pergi

Tiada halangan dan batasan

Cuma rintihan simpati bercampur iri

Tiada jelas dalam hati

Apa itu mahligai duniawi?

Nyata terpaksa dan dipaksa

Dalam pura bahagia sebenar derita

Di penghujung cerita  berendam air mata

Adakah ini dinamakan cinta?

Nur iman itu yang abadi

Disemai dibelai supaya tidak berkecai

Cinta ini pernah dibina di istana Pasai

Maka itulah yang didokong hingga selesai

Dendam pendam kesumat pekat

Membaham intaian rahmat semalam

Yang bertirai emas bertakhta permata

Itulah cahaya jiwa dari Yang Maha Esa

Cinta itu indah dalam bermadah

Cinta itu indah dalam pasrah

Cinta itu indah dalam gugah

Cinta itu  bukan pada yang mudah menyerah kalah

Berdiri gagah padah ditempah dan tiada penyudah….

 

by,

-ithot23@yahoo.com   (3:34 am -Khamis:23 Ogos 2001)